fbpx

China uji ‘layar seret’ untuk kumpul sampah angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 5,000 satelit yang tidak berfungsi terkandas di orbit. - BGR

BEIJING – Saintis-saintis China membina ‘layar seret’ yang berfungsi memerangkap sampah angkasa di orbit Bumi yang menjadi punca kepada kerosakan kapal-kapal angkasa, lapor laman berita Wion News.

Sekitar 9,000 satelit telah dilancarkan di orbit dan sehingga kini 5,000 daripadanya dikatakan tidak lagi berfungsi. 

Satelit-satelit itu dikatakan terkandas di orbit di mana ia menjadi masalah besar kepada satelit lain yang masih berfungsi.

Bagaimanapun, Akademi Teknologi Angkasa Shanghai telah menemui penyelesaian kepada masalah itu setelah berjaya mengumpulkan sampah-sampah angkasa.

Saintis-saintis China berkata, mereka berjaya menggunakan ‘layar seret’ untuk mendapatkan sebuah roket Long March 2 yang dilancarkan baru-baru ini keluar dari orbit.

Ini kali pertama mereka mencuba teknik tersebut dan menyatakan bahawa struktur seperti layang-layang itu berkesan dalam menyelesaikan misi membuang sampah angkasa.

Teknologi tersebut menjadi penyelesaian kos rendah kerana dibina dengan mudah dan berkesan pada hampir semua jenis satelit. 

Bahan yang digunakan adalah ringan dan fleksibel. Ia juga boleh diletakkan dalam kapal angkasa dengan mudah untuk kegunaan masa hadapan semasa perjalanan di angkasa lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI