fbpx

828 juta penduduk dunia kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita memberi air minuman kepada anaknya di sebuah kem pelarian di Baidoa, Somalia, pada 14 Februari lalu. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa bilangan penduduk dunia  yang berdepan kelaparan  melonjak kepada 828 juta orang pada tahun 2021.

Angka tersebut menandakan peningkatan 46 juta sejak 2020 dan 150 juta orang selepas pandemik Covid-19 bermula.

Menurut laman berita Wion News, laporan PBB itu membentangkan isu  keselamatan makanan dan situasi nutrisi di seluruh dunia, termasuk anggaran terbaharu bagi kos diet seimbang.

Dalam laporannya, PBB memberi amaran bahawa krisis di Ukraine akan mencetuskan situasi lebih buruk dalam tempoh beberapa bulan akan datang dengan negara-negara pa­ling terjejas semakin di ambang  kebuluran.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP), David Beasley, bilangan  penduduk dunia yang mengalami kebuluran diramal meningkat lebih tinggi.

“Peningkatan harga makanan, bahan api dan baja akibat perang di Ukraine mendorong negara-negara di seluruh dunia ke ambang kebuluran.

“Hasilnya adalah ketidakstabilan global, kelaparan dan penghijrahan besar-besaran pada skala yang belum pernah kita lihat,” kata beliau.

Rangkaian bekalan pula terjejas dan memberi kesan langsung terhadap harga makanan serta baja.

PBB turut meramalkan bahawa sekitar 670 juta penduduk dunia akan terjejas akibat kekurangan zat makanan.

Ini bermaksud, PBB akan gagal mencapai sasarannya untuk menghapuskan kebuluran global menjelang 2030. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI