fbpx

Phuket adakan latihan pemindahan tsunami 20 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai memantau paras air laut di sebuah stesen pemantauan ombak tentera laut di Koh Miang, berhampiran Phuket, Selasa lalu. – Bangkok Post

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand akan mengadakan latihan pemindahan bencana tsunami di daerah Thalang, Phuket, pada 20 Julai ini susulan kejadian gempa bawah laut di luar Kepulauan Nicobar yang terletak kira-kira 500 kilometer dari pulau percutian itu.

Menurut laman berita Thaiger, perairan di Pulau Andaman dan Nicobar mengalami gempa bawah laut dengan magnitud  4 hingga 4.9 pada skala Richter selama tiga hari. 

Bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 40 gegaran berlaku di perairan itu, namun tiada satu pun yang mendatangkan kemusnahan atau menyebabkan paras air laut berubah. 

Gebenor Phuket, Narong Woonciew mengesahkan telah memberi arahan kepada pejabat pencegahan dan mitigasi bencana wilayah, timbalan gabenor serta beberapa organisasi lain bagi memantau situasi semasa.

Semua organisasi berkaitan ditugaskan untuk memastikan bahawa pasukan penyelamat  dan kesemua peralatan yang diperlukan berada dalam keadaan siap sedia sekiranya bencana tsunami berlaku.

“Kita telah bersiap sedia sejak Phuket dilanda tsunami pada 2004. Kita tidak boleh leka. Kepentingan utama kini adalah untuk memastikan keselamatan orang ramai,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Phuket berkata, angin monsun barat daya yang kuat, hujan lebat dan air pasang besar menyebabkan air laut memenuhi jalan-jalan di kawasan rendah di sepanjang pantai Phuket,  petang Ahad lalu.

“Saya memberi jaminan bahawa air pasang besar tidak mempunyai kaitan dengan tsunami. Bencana tsunami hanya terjadi sekiranya gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter atau lebih tinggi berlaku   di sepanjang garisan Nicobar.

“Pusat Amaran Bencana Negara memantau rapat kesemua faktor yang boleh mencetuskan gempa bumi dan tsunami,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI