fbpx

Bubu naga haram, 50kg ikan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas Jabatan Perikanan hari ini.

KUALA SELANGOR – Kegiatan haram pihak tidak bertanggungjawab menangkap ikan menggunakan bubu naga tumpas apabila dirampas kira-kira 3.5 batu nautika dari Pantai Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kesemua 29 bubu itu dikesan menerusi Ops Bubu Naga oleh Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Selangor di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 7.40 pagi.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Mohd. Sufian Sulaiman berkata, operasi khas itu hasil maklumat dan risikan pihaknya dan turut merampas 50 kilogram hidupan laut.

Katanya, ini termasuk ikan jenis ketuka, gelama, sembilang, malong, buntal dan daun baharu selain sotong kurita serta udang lipan yang keseluruhannya bernilai RM2,500

Difahamkan, kesemua bubu naga itu ditemui di dalam laut dan tiada tangkapan individu atau bot dilakukan.

“Kesemua rampasan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor bagi tindakan lanjut.

“Kes akan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan negeri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985. 

Mohd. Sufian menegaskan, pihaknya akan melaksanakan operasi itu secara berterusan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Menangkap ikan di perairan dengan peralatan yang tidak dilesenkan merupakan satu kesalahan di negara ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI