fbpx

Warga emas parah disondol babi hutan ketika kutip durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Omar yang parah selepas disondol seekor babi hutan di kebun buah-buahan di Taman Desa Wangi, Kampung Kubang Siput dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang warga emas parah selepas disondol seekor babi hutan sewaktu mengutip buah durian di dusun buah-buahan berhampiran rumahnya di Taman Desa Wangi, Kampung Kubang Siput dekat Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Omar Ngah, 78, cedera di kepala, telinga dan kedua-dua belah tangannya selepas bergelut dengan haiwan tersebut selama lima minit.

Cucu mangsa, Mohamad Nizam Mohamad, 34, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan datuknya yang meminta pertolongan dari kawasan dusun yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah.

Menurutnya, dia yang sedang membakar sate bergegas ke dusun sebelum mendapati datuknya berada di dalam parit pada kedalaman 0.5 meter dengan keadaan badannya berlumuran darah.

“Saya ternampak seekor babi hutan berada berhampiran datuk. Haiwan itu seolah-olah mahu menerkam ke arah saya, namun saya sempat mencapai sebatang kayu untuk menghalaunya.

“Tiga ekor lagi babi hutan sedang berkeliaran di dalam dusun. Saya meunggu beberapa minit sehingga kesemuanya berlalu pergi sebelum memapah datuk ke kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Tumboh hari ini.

Menurut Mohamad Nizam, isterinya, Norkhatimah Ibrahim, 30, menghubungi ambulans untuk membawa datuknya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini dan warga emas itu dilaporkan stabil.

Sementara itu, isteri mangsa, Zakaiah Deraman, 75, berkata, kejadian berlaku selepas dia dan suami pulang bersarapan di sebuah kedai berhampiran kawasan rumah mereka.

“Saya pulang ke rumah manakala suami pula beritahu dia mahu melihat durian di dusun rakannya. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI