fbpx

Tiada lagi tangkapan kes samun dan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BERA – Masih tiada sebarang tangkapan dilakukan polis susulan kes seorang wanita yang mati dijerut seorang lelaki dalam kejadian samun di Felda Mengkuang dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N. Kumaran berkata, polis masih giat melakukan siasatan bagi mengesan suspek terlibat.

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian samun semalam mangsa, Siti Zuliana Said, 52, dibunuh oleh suspek apabila dijerut dengan menggunakan kabel pengecas telefon di dalam bilik mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu menyaksikan suami mangsa yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas diketuk dengan objek tumpul oleh suspek.

Bagaimanapun, anak bongsu mangsa, Muhammad Khairi Ramadan Mohd Haris, 22 yang ketika itu berada dalam rumah yang sama, selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu sehingga pukul 3 petang ini mayat mangsa masih belum dibawa pulang dan berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI