fbpx

Sudah namanya Luna Maya, seksi dipuji cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA MAYA kini dalam mood percutian dan mengembara ke banyak lokasi popular dunia.

PELAKON dan juga model jelita, Luna Maya menarik perhatian ramai gara-gara berpenampilan seksi ketika bercuti di Paris, Perancis baru-baru ini.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Luna dilihat memakai baju berona merah jambu dengan gaya yang agak seksi sehingga menampakkan sebahagian besar tubuhnya.

“Hello Julai,” tulis Luna pada ruangan kapsyen foto tersebut.

Biarpun tampil dengan imej seksi, peminatnya terus memberi pujian terhadap pelakon filem Janda Kembang itu dan tidak kisah dengan gayanya yang agak terbuka.

“Gaya yang sangat cantik dan seksi. Auranya begitu menonjol,” puji seorang peminatnya.

“Sangat cantik. Semoga Luna Maya dalam keadaan sihat dan baik,” kata seorang lagi peminatnya.

Sebelum menjejaki Paris, bintang berusia 38 tahun terlebih dahulu sudah tiba ke beberapa buah negara lain dimulai dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI