fbpx

PM Britain terima tamparan hebat, dua menteri kanan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rishi (tengah) dan Sajid (belakang) dianggap pengikut setia Johnson dan peletakan jawatan mereka digambarkan sebagai permulaan keruntuhan kerajaan Parti Konservatif. - Getty Images

LONDON – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan semakin goyah selepas peletakan jawatan dua menteri kanan secara mengejut, iaitu Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid dan Canselor Perbendaharaan, Rishi Sunak, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Sunak dalam suratnya kepada Johnson membayangkan terdapat beberapa tahap ketidakcekapan dalam kerajaannya.

Salah satu sekutu terdekat Johnson pula mendakwa peletakan jawatan dua menteri berkenaan menandakan berakhirnya kerjaya politik buat beliau.

“Semuanya akan berakhir pada waktu seperti ini, esok.

“Tiada perdana menteri boleh bertahan dengan peletakan jawatan dua menteri kanan kabinet seperti itu,” kata sumber tersebut.

Buat masa ini, Johnson masih berpegang teguh pada kuasanya dan telah pun mengumumkan pengganti Sunak serta Javid.

Nadhim Zahawi, akan meninggalkan peranannya sebagai Setiausaha Pendidikan untuk menjadi Canselor Perbendaharaan baharu manakala Steve Barclay yang merupakan bekas ketua kakitangan, dilantik sebagai Setiausaha Kesihatan baharu.

Sunak, yang sehingga hari ini dianggap sebagai pengikut setia Johnson, berkata  rakyat Britain benar-benar mengharapkan kerajaan berfungsi dengan betul, cekap dan serius.

“Saya akui, ini mungkin tugas menteri terakhir buat saya, namun saya percaya piawaian ini patut diperjuangkan dan itulah sebabnya saya meletakkan jawatan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI