fbpx

Pengantin baharu terima hadiah barang kemas daripada setiap tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin di Vietnam ini dirakam sarat dengan perhiasan barang kemas hasil hadiah yang diterima oleh para tetamu. - eva.n

HANOI – Satu pasangan pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.

Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.

Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.

Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe. 

“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan  perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.

Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI