fbpx

Pegawai exco beri keterangan kes cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pegawai exco kerajaan negeri telah dipanggil untuk membantu siasatan Isnin lalu susulan laporan polis dibuat seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa cabul di sebuah hotel di sini.

Pegawai tersebut berkata, dakwaan yang telah dilemparkan kepada beliau bersifat dendam dan bermotifkan politik.

“Saya memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia supaya proses siasatan tersebut dapat dibuat secara telus.

“Saya mengesahkan bahawa telah pun dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan oleh pihak polis pada 4 Julai 2022 ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beliau bersama pasukan peguam akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan sedang mempertimbangkan tindakan mengikut lunas undang-undang bagi membersihkan namanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan berhubung laporan polis dibuat seorang wanita Ahad lalu yang mendakwa menjadi mangsa cabul pegawai kepada exco kerajaan negeri di sebuah hotel di sini.

“Pada 3 Julai lalu, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat seorang wanita mengatakan dicabul di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu oleh seorang lelaki.

“Siasatan akan dilaksanakan daripada pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek yang terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI