fbpx

MBI PBT pertama meterai MoU bersama MACP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kiri) bertukar MoU yang selesai ditandatangani dengan M. Nasir (dua dari kanan) di Dewan Azlan Shah, Bangunan MBI, Ipoh semalam. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pemeteraian persefahaman itu sekali gus melakar sejarah dalam industri muzik tempatan.

“Kerjasama ini akan memastikan RadioTV Majlis Bandaraya Ipoh (RTBI) serta acara persembahan awam yang dianjurkan mendapat lesen yang sah daripada MACP.

“Sejajar dengan hasrat serta inisiatif MBI bagi merealisasikan Ipoh sebagai bandar raya seni, kerjasama yang terlaksana ini menunjukkan MBI sebagai badan pengguna muzik yang prihatin dan sentiasa responsif dalam menegakkan hak pengkarya muzik,” katanya pada sidang akhbar di majlis menandatangani MoU tersebut di Bangunan MBI di sini semalam.

MoU tersebut dimeterainya bersama-sama Pengerusi MACP, Datuk M. Nasir

Pada masa sama, Rumaizi berkata, pemeteraian MoU itu juga bertujuan untuk menzahirkan bahawa hak cipta perlu dihormati dan muzik sebagai suatu harta intelek itu perlu diberikan ganjaran bayaran sewajarnya kepada pengkarya muzik.

Beliau berkata, MBI akan sentiasa cakna serta menyokong usaha memartabatkan karya seni anak tempatan kerana ia akan menjadi sebuah warisan dan aset kebudayaan yang tinggi nilainya.

Sementara itu, M. Nasir turut menzahirkan penghargaan di atas usaha MBI menghargai karya muzik negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI