fbpx

Isu harga tambang feri Pulau Pangkor dibincangkan dalam MMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tengah) menghadiri program Apresiasi Seni Budaya dan Warisan Negeri Perak di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, Ipoh.

IPOH – Isu berkaitan kenaikan harga tambang feri ke Pulau Pangkor telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dibincangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perkara itu sememangnya dalam perhatian kerajaan negeri dan sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri juga prihatin dengan kegusaran oleh beberapa pihak khususnya penggiat industri tempatan yang bimbang kenaikan harga tambang tersebut akan menjejaskan kehadiran pengunjung ke pulau pelancongan itu.

“Kenaikan harga tambang itu ekoran peningkatan kos operasi termasuk harga bahan bakar di mana ia sebenarnya di luar kawalan kita.

“Difahamkan beberapa siri perjumpaan telah diadakan sebelum ini sehinggalah pihak kementerian (Pengangkutan) membenarkan caj baharu itu.

“Ia (harga tambang) bukan diputuskan kerajaan negeri kerana kita tidak mengawal harga bagi pengangkutan awam,” katanya dalam sidang akhbar pada program Apresiasi Seni Budaya dan Warisan Negeri Perak di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, permohonan harga tambang baharu oleh pengusaha feri di Pulau Pangkor itu difahamkan telah dikemukakan mereka sejak Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI