fbpx

Gempa bumi di Kepulauan Andaman bukan punca kepala air di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan kejadian banjir serta kepala air yang melanda Baling, Kedah baru-baru ini berpunca daripada kejadian gempa bumi di Kepulauan Andaman.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, mengesan 20 siri kejadian gempa bumi di sekitar Kepulauan Andaman dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

Katanya, berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami, MetMalaysia tidak menjangkakan kejadian tersebut berpotensi mengakibatkan tsunami yang akan memberi kesan kepada Malaysia.

“MetMalaysia berterusan memantau kejadian gempa ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang akan memberi kesan kepada negara.

“Sehubungan itu, orang awam diminta untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang dikeluarkan MetMalaysia untuk sebarang maklumat gempa bumi dan tsunami,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa hantaran di laman Facebook yang mendakwa kejadian banjir serta kepala air yang melanda Baling, Kedah baru-baru ini berpunca daripada kejadian gempa bumi di Laut Andaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI