fbpx

Beri tiga bulan baiki semua kerosakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jafni (depan, kiri) mendengar keluhan penduduk Pangsapuri Impian Jauhar, Bandar Baru Majidee, Johor Bahru ketika melawat kediaman berkenaan semalam.

JOHOR BAHRU – Pemaju kediaman Pangsapuri Impian Jauhar di Bandar Baru Majidee di sini diberi tempoh tiga bulan untuk membaiki segala kerosakan di kediaman berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, antara kerosakan yang diadukan penduduk termasuklah rumah retak, paip air bocor, lif rosak dan tekanan air yang rendah.

“Kerajaan negeri beri tempoh tiga bulan kepada pemaju dan kontraktor untuk selesaikan masalah ini dengan segera.

“Daripada 320 unit rumah yang ada di pangsapuri ini, terdapat 179 rumah yang retak, namun sudah dibaiki, manakala 15 unit kediaman lagi akan diselesaikan dengan segera.

“Mereka perlu simen tempat yang retak sebelum cat semula. Bagi masalah lif rosak, ia sudah dibaiki hari ini (semalam) dan dimaklumkan semua lif di blok satu dan blok dua pangsapuri ini sudah boleh berfungsi,” katanya selepas melakukan pertemuan dengan penduduk, pihak pe­ngurusan tertinggi JLand selaku pemaju dan kontraktor terbabit di pekarangan pangsapuri ber­kenaan di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai keluhan penduduk selepas kediaman yang dihuni mereka sejak Disember lalu me­ngalami pelbagai kerosakan.

Menurut mereka, pelbagai aduan telah dibuat, namun tiada tindakan penyelesaian segera.

Mengulas lanjut, Mohd. Jafni menambah, masalah tekanan air di kediaman itu akan diatasi dengan membeli pam air buatan tempatan atau diimport dan kontraktor memohon tempoh 10 minggu untuk menyediakannya.

“Saya akan pantau dan datang semula ke pangsapuri ini minggu depan untuk melihat perkembangannya. Kalau kontraktor yang ada tidak ‘perform’ kita akan tukar dengan kontraktor lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI