fbpx

1,052 tan televisyen dilupus pengguna tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Sebanyak 1,052 tan televisyen dilupuskan pengguna negara ini pada 2021 sekali gus menjadikan peranti itu sebagai sisa paling berat dilupuskan sepanjang tahun lalu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi satu hantaran berkata, berat produk dilupuskan itu mencecah 1,052 tan atau 43 peratus daripada keseluruhan 2,459 tan sepanjang tahun lalu.

“Sisa elektronik kedua paling berat dikumpul ialah komputer riba iaitu 912 tan atau 37 peratus meskipun paling banyak daripada segi kuantiti.

“Ini diikuti peti sejuk dengan berat 273 tan atau 11 peratus, mesin basuh pula 137 tan (lima peratus), pendingin hawa 71 tan (tiga peratus) dan paling ringan telefon bimbit 14 tan (satu peratus),” katanya.

JAS berkata, sasaran berat keseluruhan e-waste pada 2021 lalu adalah 800 tan dan jumlah itu melebihi jangkaan ditetapkan pihaknya.

“Bagi memastikan rakyat tidak membuang produk tersebut di tempat tidak sepatutnya, Kementerian Alam Sekitar dan Air memperkenalkan hari pengumpulan e-waste sejak Januari 2021.

“Inisiatif dilakukan pada Sabtu minggu terakhir setiap bulan itu memberikan pendedahan serta galakan kepada masyarakat mengenai pelupusan e-waste dengan cara yang lebih selamat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, JAS berkata bahawa tidak ramai rakyat negara ini memiliki kesedaran kepentingan pembuangan e-waste di lokasi yang betul akan memberi kesan kepada alam sekitar.

“Justeru, pastikan anda melupuskan secara mesra alam dengan dihantar ke pusat berdaftar sekiranya barangan elektrik di rumah atau tempat kerja didapati telah pun rosak,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI