fbpx

1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan sempena cuti perayaan Aidiladha bermula esok sehingga Selasa depan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, bagi mengelakkan kesesakan, pengguna disarankan merancang perjalanan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan sepanjang tempoh perayaan.

Beliau berkata, pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi pada 7 hingga 10 Julai.

“Manakala, bagi pengguna yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas 1 tengah hari.

“Bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi antara 10 hingga 12 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

Justeru katanya, pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan mereka.

“Pastikan baki dalam kad Touch ‘n Go atau e-Wallet mencukupi untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihat memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk perjalanan jauh selain mematuhi had kelajuan di lebuh raya.

“Selain itu, elakkan memandu terlalu rapat dengan kenderaan lain dan berehat sebentar untuk menyegarkan diri di kawasan rehat dan rawat (R&R),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI