fbpx

Wanita didakwa buat penghantaran lucah dalam Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran dengan memuat naik gambar lucah dalam laman sosial Twitter miliknya tahun lalu.

Bagaimanapun Amira Nur Afiqah Agus Salim, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang merupakan operator sebuah hotel mengaku tidak salah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhasniah Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, ibu seorang anak itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui akaun Twitternya secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pukul 7.27 malam pada 19 September 2021.

Hantaran itu kemudian dilihat di sebuah premis di Jalan Melati di sini pukul 7.50 malam pada tarikh yang sama.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia Nur Nazhzilah Mohammad Hashim menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap OKS.

Bagaimanapun OKS yang diwakili peguam bela peguam Adly Zulfadhly Zulkefly memohon jaminan rendah iaitu RM2,000 berikutan anak guamnya perlu menanggung seorang anak dan ibu bapanya

“Suami kepada anak guam saya merupakan `freelance video editor’ dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Jaminan RM5,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan tidak munsabah kerana anak guam saya tidak mampu untuk membayarnya atas faktor ekonomi,” kata peguam itu.

Pada masa sama, peguam tersebut menambah pihaknya akan turut mengemukakan representasi berhubung pertuduhan itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan OKS perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

Tarikh 9 Ogos ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI