fbpx

Ustazah Asma’ tegur adegan drama didakwa promosi ‘soft porn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah Asma’ (kiri) menegur babak Drama Melur untuk Firdaus yang didakwa mempromosikan adegan melampau.

PETALING JAYA – Drama Melur untuk Firdaus sekali lagi menjadi bahan kontroversi selepas ditegur lembut oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi laman Facebooknya semalam, Ustazah Asma’ berkata industri hiburan tidak boleh normalisasi kelucahan dalam babak drama sehingga sanggup menjadikan babak tersebut sebagai pelaris.

“Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman kerana jelas malu itu sebahagian daripada Iman. Ia juga bertentangan dengan budaya sopan melayu.

“Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak relevan, seolah-olah kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih,” tulisnya.

Menurut pendakwah itu lagi, beliau mengakui agak terkejut dengan babak drama yang sedang berlegar dalam media sosial ekoran adegan yang dipaparkan sangat keterlaluan dan tidak sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Perkataan atau perbuatan termasuk lakonan berunsur lucah adalah tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela dalam agama Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kesan daripada drama dan filem yang menormalisasikan kelucahan seperti berpeluk dan bercium di khalayak ramai dapat dilihat pada generasi hari ini.

Terdahulu, drama rantaian fenomena, Melur Untuk Firdaus tular di media sosial hingga mendapat kecaman ramai apabila babak yang dipertontonkan didakwa mempromosikan ‘soft porn’. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI