fbpx

Turki tahan kapal kargo bijirin kibar bendera Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo itu berada di pintu masuk pelabuhan Turki. – BBC

ANKARA – Sebuah kapal kargo membawa bijirin dan belayar dari wilayah yang diduduki Russia di Ukraine telah ditahan oleh kastam Turki, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami mendapat kerjasama penuh. Kapal itu berada di pintu masuk pelabuhan dan ditahan oleh pihak berkuasa kastam Turki. 

“Kami mendapati kapal yang mengibarkan bendera Russia itu, Zhibek Zholy itu berada dalam laluan dari Pelabuhan Berdyansk di  Ukraine menuju ke Karasu di pantai Turki,” kata Duta Ukraine ke Turki, Vasyl Bodnar.

Tidak dijelaskan dari mana kargo itu datang atau bagaimana ia diperoleh. Bagaimanapun, Russia sebelum ini dituduh mencuri bijirin dari wilayah Ukraine yang dikuasainya sekali pun dinafikan oleh Moscow.

Bandar pelabuhan Berdyansk terletak di wilayah Zaporizhzhia di tepi Laut Azov. 

Berita mengenai pelayaran kapal itu dari Berdyansk diumumkan dalam aplikasi media sosial Telegram oleh bekas ahli Parlimen Ukraine, Yevhen Balytskyi yang baru-baru ini dilantik oleh Russia sebagai Gabenor Zaporizhzhia.

Balytskyi pada awalnya berkata, kira-kira 7,000 tan bijirin akan dihantar ke negara-negara ‘mesra’ Moscow. 

Tambah beliau, kapal-kapal dari Armada Laut Russia akan memastikan keselamatan perjalanan kargo tersebut dan pelabuhan itu dibersihkan daripada periuk api.

Dia kemudian menyunting hantaran itu dengan merujuk kepada kapal kargo dan destinasinya.

Rakaman video mengenai pelayaran kapal itu dikongsikan dalam beberapa saluran Telegram pro-Kremlin. Kapal kargo itu dipaparkan bersama kapal tentera laut Russia di pelabuhan yang dikenal pasti sebagai pelabuhan Berdyansk oleh seorang wartawan.

Perbandingan rakaman video itu dengan imej satelit pelabuhan itu menunjukkan klip video itu dirakam di Berdyansk pada pagi 28 Jun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI