fbpx

Tukang cuci kapal didakwa kelar wanita, bayi negatif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk proses reman.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan tukang cuci kapal yang disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya di kediaman mereka di Kampung Bakar Batu, di sini bukan dibawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati keputusannya adalah negatif.

Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar pekerja pencuci kapal itu bertindak sedemikian rupa.

“Hasil pemeriksaan awal, kita dapati suspek bukan dibawah pengaruh dan masih menyiasat motif kejadian itu berlaku,” katanya kepada pemberita hari ini.

Raub.

Semalam, suspek berusia 25 tahun itu ditahan setelah bertindak kejam mengelar leher isteri dan anak lelakinya yang berusia 44 hari.

Hari ini, suspek tersebut ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dijalankan.

Disoal mengenai dakwaan lelaki terbabit mengalami kemurungan atau tekanan hidup, Raub memberitahu, perkara itu belum dapat disahkan lagi.

“Mengenai dakwaan bahawa suspek mengalami tekanan mental dan sebagainya, itu saya beri perkembangan lanjut,” jawabnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI