fbpx

Suspek penembak Highland Park diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOLA polis melakukan siasatan di luar kediaman ibu suspek di Highland Park, Illinois semalam, (kiri) Robert Crimo. - AFP

HIGHLAND PARK, Illinois – Polis menangkap seorang suspek semalam selepas insiden tembakan rambang mengakibatkan enam orang terbunuh semasa perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di sebuah kawasan mewah di pinggir kota raya Chicago.

Robert Crimo, 22, dikenal pasti sebagai ‘individu dicari’ dan menjadi sasaran pemburuan besar-besaran di seluruh bandar Highland Park di Illinois di mana seorang penembak bersenjatakan raifal berkuasa tinggi  melepaskan tembakan rambang dari atas sebuah bumbung yang menyaksikan perarakan hari kebangsaan bertukar lokasi bermandikan darah.  

Anggota pasukan kecemasan berkata, kira-kira 24 orang termasuk kanak-kanak dirawat kerana  kecederaan akibat terkena tembakan dengan sesetengah mereka berada dalam keadaan kritikal.

“Selepas adegan mengejar menggunakan kereta, Crimo ditahan tanpa sebarang insiden,” kata ketua polis Highland Park, Lou Jogmen kepada pemberita.

Terdahulu, polis memberi amaran bahawa dia bersenjata dan amat berbahaya.

Insiden tembakan itu merupakan sebahagian daripada keganasan senjata api yang menghantui AS. Negara polis dunia itu merekodkan sekitar 40,000 kematian yang berpunca daripada senjata api pada setiap tahun.

Bagaimanapun, keganasan terbaharu itu berlaku semasa sambutan Hari Kebangsaan AS di mana bandar-bandar di seluruh negara itu mengadakan perarakan serupa. Orang ramai menyambut hari kemerdekan dengan penuh gembira. Mereka memakai pakaian menampilkan bendera AS dan mengadakan majlis barbeku, perhimpunan di samping pertunjukan bunga api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI