fbpx

Pembantu Penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan bulanan RM8,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) diringi pegawai SPRM selepas didakwa dengan 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,500. /FOTO MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Seorang pembantu Penguat kuasa Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,500, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md. Rasu, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-10, Ahmad Jamil didakwa telah menerima masing-masing suapan bulanan berjumlah RM500 daripada sebuah syarikat pengangkutan dengan mengetahui ia mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad dalam daerah Jasin Tengah pada 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021.

Tertuduh turut dihadapakan dengan pertuduhan menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,500 sebagai suatu dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Berhad dalam daerah Melaka Tengah pada 28 April 2020 hingga 12 Mac 2021.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwanshah Abdul Samat mencadangkan jaminan sebanyak RM4,500 bersama syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan menanggung dua orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU).

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI