fbpx

Pasukan ResQ UPSI ke Baling bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norkhalid (kanan) melepaskan pergerakan Pasukan ResQ UPSI ke Baling di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti awam pertama yang menghantar pasukan bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, Pasukan ResQ mula bergerak kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dengan membawa barangan keperluan wanita dan lelaki seperti baju kurung seluar, kain batik, tudung, kemeja, baju T dan seluar jeans.

“Selain itu, pasukan berkenaan turut membawa pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan serta keperluan asas seperti telekung, selimut, dan cadar.

“UPSI sentiasa prihatin dan bersimpati dengan nasib mangsa banjir termasuk terbaharu di beberapa kampung di Baling.

“Pasukan ResQ memiliki semangat kesukarelawanan tinggi, yang mana mereka terdiri daripada staf dan mahasiswa serta sentiasa bersiap siaga untuk membantu komuniti yang mengalami bencana alam termasuk banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin melepaskan pasukan ResQ dengan kekuatan 15 ahli yang diketuai oleh Dr. Omar Firdaus hari ini.

Beliau berkata, kekuatan jentera yang dihantar termasuklah sebuah bas, tiga unit kenderaan pacuan empat roda, dua bot dan tiga unit kayak.

“Kami juga akan menyediakan bantuan pasca banjir seperti water jet dan pelbagai kelengkapan selain keperluan makanan untuk mangsa banjir.

“Pasukan ResQ juga akan membantu keluarga pelajar dan staf UPSI yang ditimpa musibah banjir di Baling petang semalam atas semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI