ADA sesetengah selebriti mengambil pendekatan tidak melayan sebarang komen jahat yang dilemparkan netizen kepada mereka.
Hal ini kerana, sesetengahnya beranggapan semua komen tersebut langsung tidak memberi kesan terhadap hidup mereka sebagai selebriti.
Perkara sama pernah dilakukan komedian Park Na-rae yang mengakui sebelum ini, dia ‘imun’ dengan semua komen jahat diterimanya.
“Saya dah imun dengan semua komen kebencian. Kadang-kadang segalanya nampak kelakar.
“Adakalanya juga saya rasa semua komen jahat itu seperti cara netizen meluahkan minat mereka. Tetapi sekarang saya dah ubah fikiran. Sebenarnya sangat menyakitkan,” luahnya.
Na-rae berkata demikian ketika ditanya tentang komen jahat oleh Dr. Oh Eun-young sewaktu muncul dalam program Oh Eun-young’s Golden Clinic.
Tambah Na-rae, dia selalu berasa dirinya menjadi ‘tong sampah’ buat mengisi emosi netizen.
“Awalnya, komen jahat langsung tidak berikan kesan kepada saya. Tetapi sampai satu tahap, saya mula rasa sakit,” ujarnya.