fbpx

Mystery Ranking Show Malaysia cabar kemampuan akal juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAD dan Adlin (kanan) panelis tetap program MRSM yang padat dengan hiburan untuk seisi keluarga.

PROGRAM realiti terbaharu Mystery Ranking Show Malaysia (MRSM) yang diadaptasi daripada rancangan popular Korea Selatan bukan sahaja menghiburkan malah mencabar pengetahuan panelis dan penonton di rumah.

Bukan hanya sebagai rancangan hiburan, MRSM turut memaparkan variasi kebolehan dan skil para peserta yang tidak hanya berkaitan bidang hiburan sahaja.

Dalam setiap episod, seramai empat panelis tetap iaitu Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin, Catriona Ross dan Zulin Aziz diberi tanggungjawab untuk menilai dan menyusun kedudukan setiap peserta setiap minggu.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, penerbitan MRSM ialah untuk mengembalikan variasi program realiti televisyen di Malaysia yang kini sudah jarang mengetengahkan bakat-bakat berbeza selain nyanyian.

“MRSM merupakan sebuah rancangan menonjolkan bakat-bakat berbeza dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk Astro mengembalikan genre sebegini kepada penonton.

“Para penonton pastinya akan tercuit hati dengan ragam dan telatah barisan panel serta para peserta yang mampu mengundang gelak ketawa menerusi persembahan mereka,” katanya.

Menurut Azad, MRSM bukan sahaja menghiburkan tetapi mencabar daya kemampuan berfikir dan menilai seseorang hanya berdasarkan klu serta jawapan yang diberikan.

“Mungkin program ini masih baharu di Malaysia tetapi setakat lima episod, kami sebagai panelis memang betul-betul tercabar.

Bukan mudah nak menilai dan menyusun ranking setiap para peserta.

“Sangat mencabar sebab kami perlu memikirkan strategi untuk bertanya soalan yang boleh menjawab 1,001 persoalan.

“Dalam MRSM, macam-macam cabaran kami dapat. Teka siapa paling ramai bekas kekasih dan kereta paling banyak dimiliki. Memang susah tetapi menyeronokkan sebab ia mencabar minda,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi panelis, Adlin berpendapat, cabaran paling besar adalah apabila dilantik menjadi ketua juri dalam beberapa episod.

“Bila empat orang juri saling mempengaruhi, memang sukar bila nak mencapai satu keputusan sebulat suara sebab masing-masing ada pendapat sendiri,” terangnya.

Siaran MRSM telah bermula sejak 20 Mei lalu pada jam 9 malam di Astro Warna (107) dan boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati rancangan variasi ini di Astro, dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI