fbpx

Manchester United sudah hubungi ejen Paulo Dybala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA kini berstatus ejen bebas selepas kontraknya bersama Juventus berakhir, namun masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan sudah menghubungi ejen bekas pemain Juventus, Paulo Dybala ketika pengurus baharu pasukan itu, Erik Ten Hag kini dalam proses membina semula The Red Devils.

Dybala dianggap sebagai pilihan terbaik buat United yang kini berdepan ‘ugutan’ daripada bintangnya, Cristiano Ronaldo yang membuat permohonan rasmi untuk meninggalkan pasukan tersebut musim depan.

Situasi itu menyebabkan United tidak mempunyai pilihan kecuali segera mencari pengganti sekiranya, Ronaldo benar-benar meninggalkan pa­sukan itu.

Menurut laporan, United tidak bersendirian mengejar khidmat pemain Argentina berkenaan apabila kelibatnya turut diintai oleh Arsenal selain Tottenham Hotspur, Inter Milan dan Napoli juga menyatakan minat.

Ketika ini, Inter paling bersungguh-sungguh memujuk pemain itu menyertai mereka secara percuma untuk membentuk trio serangan yang lebih ampuh bersama Lautaro Martinez dan penyerang pinjaman dari Chelsea, Romelu Lukaku.

Sepanjang tujuh musim bersama The Old Lady, Dybala berjaya meledak 115 gol dalam 293 perlawanan dan musim lalu dia turut berjaya menjaringkan 21 gol dalam 39 perlawanan biarpun berdepan isu kecederaan dan masalah kecergasan.

Aksi versatil dengan kemampuan memainkan peranan sebagai pemain No.10 ataupun penyerang kedua, Dybala turut memiliki kebolehan bertindak di kawasan sayap menyebabkan Ten Hag meminatinya kerana ia mampu memberikan idea baharu yang lebih segar.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI