fbpx

Lelaki Bangladesh dikehendaki bantu kes perbicaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shadek Hossain sedang dijejaki berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63. - Foto IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat seorang lelaki warga Bangladesh bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

JIM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lelaki dikenali sebagai Shadek Hossain, 30, dikehendaki berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki berkenaan adalah di Younggreem Electrics (M) Sdn. Bhd., Lot 783, Jalan Kapar, Batu 4, Rantau Panjang, Klang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon agar menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Mohd. Nasri Othman atau Mohamad Rahmat Abdul Manap di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor.

“Mereka boleh dihubungi menerusi talian 03-56500078 sambungan 715 pada waktu pejabat dan Billk Gerakan 03-56500091 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI