fbpx

Laungan takbir bergema selepas tayangan filem Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tengah) bersama beberapa pelakon filem Mat Kilau dan penonton di Dewan panggung Golden Screen Cinema (GSC) East Coast Mall (ECM) Kuantan semalam.

KUANTAN – Dewan panggung Golden Screen Cinema (GSC) East Coast Mall (ECM) Kuantan bergema dengan laungan takbir Allahuakbar selepas tamat tayangan filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan sempena Malam Patriotik Pahang, malam semalam.

Laungan penuh semangat itu dilaungkan pelakon utama filem terbabit, Datuk Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau kemudian disambut penonton dengan penuh emosi.

Terdahulu penonton begitu teruja dengan kemunculan secara tiba-tiba pelakon terbabit bersama dua lagi pelakon pembantu, Ali Karimie (Brahim) dan Ahmad Hilmee (Thong) dari arah belakang berjalan ke layar panggung sambil mengungkapkan baris ayat dalam filem berkenaan.

Yang menonton tayangan istimewa itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama ahli keluarganya serta barisan exco kerajaan negeri.

Wan Rosdy berkata, filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan berjaya menyuntik semangat nasionalisme dan patriotisme dalam diri penonton terutama generasi muda.

“Medium seperti inilah yang kita harapkan untuk membangkitkan semangat anak muda kita dan saya harap syarikat Kembara Studio dan Syamsul Yusof dapat menghasilkan lagi filem seperti ini pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang bersedia membantu sekiranya sekual filem berkenaan diterbitkan pada masa akan datang.

“Semoga ada filem Mat Kilau 2 pada masa depan, mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi dan kerajaan negeri akan membantu menjayakannya, insya-Allah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI