fbpx

Kerusi MCA PRU-15 bergantung pada rundingan komponen BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (enam dari kanan) memotong reben sebagai simbolik Pelancaran Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Tanjung Malim di Taman Chit Loong hari ini. /FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

TANJUNG MALIM – Pertambahan atau pengambilalihan sebarang kerusi yang akan ditandingi MCA Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bergantung kepada rundingan bersama rakan komponen Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, keutamaan parti berkenaan adalah untuk memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja calon yang diumumkan mewakili BN bertanding PRU akan datang.

Menurutnya, semua parti komponen juga perlu memastikan kemenangan BN pada PRU-15 bagi membolehkan BN membentuk kerajaan lebih stabil bersama parti komponennya.

“Perkara mengenai rundingan kerusi dan sebagainya sebagaimana tradisi BN itu akan di runding yang akan datang dan saya tidak perlu mengulas lebih lanjut kerana yang penting apa pun sesiapa pun calon diketengahkan daripada parti komponen BN itulah calon kita.

“Itu sangat penting bermaksud setiap calon tidak kira daripada parti komponen mana hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan memihak kepada kita tidak kira untuk parlimen untuk Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya selepas Majlis Pelancaran Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Tanjung Malim di Taman Chit Loong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MCA mengintai kerusi ditinggalkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selepas meninggalkan BN sekali gus menambah kerusi untuk ditandingi MCA pada PRU-15 nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI