fbpx

Kelantan umum cuti ganti Aidiladha pada 12 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan tarikh 12 Julai iaitu hari Selasa depan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri iaitu cuti gantian Hari Raya Aidiladha bagi hari yang kedua pada tahun ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu ditetapkan memandangkan hari wukuf jatuh pada hari Sabtu ini iaitu 9 Julai bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1443 hijrah.

Menurutnya, kerajaan negeri pada 13 Januari lalu telah mewartakan tarikh 9 Zulhijjah 1443 hijrah bersamaan 9 Julai sebagai Hari Kelepasan Am Negeri bersempena dengan hari wukuf di Padang Arafah.

“Sehubungan itu, memandangkan hari wukuf jatuh pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 9 Julai, maka Hari Kelepasan Am Hari Raya Aidiladha pertama dan kedua jatuh pada hari Ahad bersamaan dengan 10 Julai dan Isnin (11 Julai).

“Bertepatan dengan pemakluman di surat sebelum ini, hari Selasa depan sekali gus menjadi Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Aidiladha bagi hari yang kedua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI