fbpx

Jiran terdengar anak mangsa menjerit, baju berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga sebak ketika menunggu di luar pekarangan rumah mangsa dalam kejadian kes bunuh di Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka. Gambar RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai dikelar ahli keluarga sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai dibunuh oleh suspek berusia 38 tahun.

Menurut saksi, Jamaliah Md. Jamil, 35, ketika kejadian dia sedang duduk di hadapan kedainya yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mangsa sebelum terdengar anak jirannya menjerit meminta tolong dengan keadaan baju berlumuran darah.

Katanya, dia yang terkejut kemudian berlari ke arah kediaman itu dan meminta salah seorang penduduk kampung memanjat masuk ke dalam pekarangan rumah berkenaan.

“Selepas dapat masuk, lelaki itu balingkan kunci pagar rumah dan saya terus masuk ke pekarangan bersama beberapa penduduk yang lain.

“Saya tak berani masuk rumah tengok mangsa, tetapi mereka yang lain beritahu jiran saya itu telah meninggal dunia dibunuh adengan kesan tikaman di leher,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, suspek yang masih berada di lokasi kemudian ditangkap oleh empat penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Kami telah tangkap suspek. Dia tak melawan pun dan hanya duduk seperti orang bodoh sampailah polis sampai.

“Kami tak tahulah dia sedang berkhayal atau tidak, tetapi penduduk kampung memang tahu dia ada ambil barang (dadah),” katanya.

Ujarnya, anak perempuan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI