fbpx

Jerangkung Dalam Almari jauhi klise filem seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKAL menghantui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Ogos depan, filem Jerangkung Dalam Almari menyorot kisah tentang Fikri lakonan Adi yang tidak tenteram akibat gangguan lembaga dari dalam sebuah almari.

MINAT yang mendalam terhadap filem-filem seram mencetuskan idea buat pengarah, Shadan Hashim untuk menghasilkan sebuah naskhah berjudul Jerangkung Dalam Almari.

Menjadi antara genre yang paling diminati serta sering mendapat sambutan hangat audiens Malaysia, faktor tersebut juga menjadi nilai tambah buat sutradara itu menghasilkan naskhah sedemikian.

“Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terganggu apabila menyedari perbuatan syirik masih lagi diamalkan segelintir masyarakat.

“Jadi saya terpanggil untuk mengutarakan isu ini dalam bentuk sebuah filem.

“Pada masa sama, saya seorang penggemar filem seram. Jadi Jerangkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai satu bentuk penghormatan (pay homage) buat semua pembikin filem seram yang saya gemari,” kata Shahidan.

Jerangkung Dalam Almari menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi.

Bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Ogos depan, filem berkenaan menyorot kisah tentang Fikri lakonan Adi yang tidak tenteram akibat gangguan lembaga dari dalam sebuah almari.

Gangguan tersebut turut mengancam nyawa isterinya, Shikin lakonan (Sophia Albarakbah) dam anak mereka, Adam (Isaac Iman).

Antara jalan cerita yang dipaparkan, kisah tiga orang adik-beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam dada mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing.

Klise

Bercerita lanjut tentang naskhah terbitan Akid Productions Sdn. Bhd. yang menyaksikan Raja Azmi selaku penerbit tersebut, Shadan berkata, meskipun memilih genre seram, Jerangkung Dalam Almari tetap menerapkan elemen kekeluargaan.

Kesan pandemik juga membuatkan Shadan harus tampil dengan sesuatu yang luar biasa kerana hantu jerangkung sangat jarang diangkat di layar lebar berbanding hantu-hantu lain seperti pontianak, orang minyak atau hantu raya.

“Apabila mendapat peluang ini, saya bertanya kepada diri, bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem seram yang baik.

“Tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menjerit apabila ayar-ayat al-Quran dibaca, itu kelaziman dalam filem seram.

“Jadi filem ini sangat mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan seram yang lebih mencemaskan dan cara lebih kreatif untuk mengatasi ancaman jin. Paling mencabar, untuk memunculkan makhluk jerangkung” ujarnya.

Pengarah Volkswagen Kuning itu juga mencari identiti filem seram yang dekat dengan masyarakat dan percaya penonton akan terhibur dengan plot dan elemen kejutan.

“Barisan pelakon hebat yang ada dalam filem ini memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton datang ke pawagam,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI