fbpx

Isu pengurusan Tasik Cermin perlu dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan geotapak Tasik Cermin dibuka secara rasmi kepada umum Januari lalu dan menjadi taman eko kuari pertama seumpamanya dalam negara.

IPOH – Isu pengurusan kawasan geotapak Tasik Cermin di Gunung Rapat di sini boleh diselesaikan menerusi perbincangan melibatkan semua pihak berkepentingan demi kemajuan pelancongan negeri.

Ia berikutan penggulungan syarikat konsesi terdahulu, Mansion Machinery Sdn. Bhd. dibimbangi boleh merencatkan perancangan di lokasi tumpuan tersebut.

Pengarah Pembangunan Tasik Cermin Tourism Sdn. Bhd., Siti Norlizawati Narawi berkata, ketika ini pihaknya selaku pengendali masih beroperasi seperti biasa di lokasi geotapak itu.

“Mansion Machinery telah melalui penggulungan pada 21 Julai 2021 tetapi hanya dimaklumkan pada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mac lalu.

“Pihak saya hanyalah penasihat yang dilantik oleh Mansion Machinery semasa sama-sama memohon memajukan Tasek Cermin dan diberi tanggungjawab mengelola lokasi itu,” katanya pada sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan dan keadaan sebenar berlaku di dalam Tasik Cermin ketika ini.

Susulan situasi tersebut, MBI telah mengeluarkan surat pemberhentian operasi kepada Mansion Machinery pada 21 April lalu dan tidak dibenar menguruskan Tasik Cermin.

Menurut Siti Norlizawati, Tasik Cermin Tourism Sdn. Bhd. pula dilantik sebagai operator interim bagi mengendalikan kawasan geotapak itu, tetapi kemampuan untuk membangunkan lokasi itu terhad.

Sehubungan itu, dia berharap kerajaan negeri Perak, MBI dan Majuperak Holdings Bhd. sebagai konsesi kedua dapat memuktamadkan satu keputusan positif.

“Apa jua keputusan dalam perbincangan tersebut, saya cuma berharap supaya kedudukan kami sebagai operator dikekalkan.

“Ini kerana kami terlibat dalam proses pembukaan lokasi ini sejak mula, malah memiliki tenaga kerja mahir dalam bidang eko pelancongan yang terdiri daripada anak-anak tempatan termasuk Orang Asli,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI