fbpx

Dana RM500 juta bantu koperasi kembangkan industri agromakanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 kepada penerima, Shazarina Hashim pada Majlis Apresiasi Kuskop Tahun 2022 di Dewan Maksak, Presint 14 di Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kini membuka permohonan kepada mana-mana koperasi untuk memanfaatkan dana RM500 juta bagi membangunkan industri agromakanan negara.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, buat masa ini, sebanyak RM400 juta disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Tabung Modal Pusingan selain RM100 juta tambahan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) supaya dana RM100 juta itu diletakkan dibawah Tabung Modal Pusingan.

“Buat permulaan, keutamaan pinjaman akan diberikan kepada koperasi yang sedang menjalankan industri agromakanan dan ingin mengembangkan industri berkenaan.

“Justeru, saya sudah meminta SKM supaya mempermudahkan kelulusan permohonan pinjaman itu dan memberi tumpuan kepada industri agromakan termasuk ternakan dan tanaman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi KUSKOP 2022 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 225 orang penerima masing-masing dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan dana berjumlah RM100 juta dikenali sebagai Tabung Agromakanan yang diletakkan dibawah SKM bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI