PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca baik dan cerah di negeri-negeri Semenanjung pada petang ini.
Ini kerana, tiada sebarang cerapan hujan yang dilihat berlaku di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan hujan lebat serta ribut petir dilaporkan sedang berlaku di beberapa daerah sekitar Sarawak ketika ini.
“Antaranya adalah Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.
“Selain itu, di Sabah, cuaca buruk tersebut turut melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya di sini hari ini.
Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 7 petang nanti. – KOSMO! ONLINE