fbpx

APMM rampas 19 set bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 19 set bubu naga yang dirampas di dua lokasi berasingan di perairan Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas 19 set bubu naga di dua lokasi berasingan di perairan Batu Kawan dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Komander Maritim Nak Rong berkata, rampasan tersebut dilakukan di kedudukan lebih kurang 2.9 kilometer barat daya perairan Batu Kawan sekitar pukul 4.15 hingga 4.40 petang.

Menurutnya, pemantauan berterusan melalui rutin OP Pertiwi yang dilakukan bot ronda Maritim Pulau Pinang petang semalam mengesan objek terapung yang mencurigakan di dua lokasi dan berjaya menemui 19 set bubu naga yang dipasang individu tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM 2,280 dan kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Bubu naga ini diharamkan penggunaannya di laut kerana sifatnya yang tidak selektif dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang ditalian 04-2626146. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI