fbpx

Akaun Tik Tok pelayan kedai viral lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Tik Tok pelayan kedai minuman tersebut didapati hilang hari ini.

PETALING JAYA – Tular sejak semalam berkenaan video kelakuan sekumpulan lelaki yang merangkul badan seorang pelayan restoran di Terengganu.

Menerusi video tular tersebut, sekumpulan lelaki yang dikatakan geng motosikal bergambar sambil memeluk pelayan wanita yang cukup dikenali di Tik Tok.

Selepas video tersebut tular, muncul satu lagi video yang menyaksikan pelayan wanita itu pula sedang memegang paha pelanggan lelaki di restoran tersebut.

Selepas dua video tersebut tular, nampaknya akaun Tik Tok pelayan itu ‘lesap’ dan sudah tidak wujud.

Akaun tersebut difahamkan dibuang selepas Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) mengeluarkan kenyataan akan memantau dan menyiasat isu tersebut.

Rata-rata orang ramai yang turut perasan berkenaan akaun Tik Tok pelayan wanita tersebut yang sudah ‘lesap’ tidak berpuas hati dan inginkan siasatan segera dilakukan.

“Tahu pula dia takut, selama ni tayang aset dia macam langsung tiada perasaan malu. Dah macam pelaris nak naikkan jualan.

” Tik Tok dia dah lama ada, selepas viral barulah nak ada tindakan,’ jelas Nick Furrs.

“Nampak sangat la dia takut, itulah guna sangat cara tidak elok nak melariskan jualan.

” Yang lelaki pun tidak perlulah berperangai macam tu, anak bini dekat rumah jangan la nampak yang kita ni kurang cerdik, ” kara Nur Lissma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN