fbpx

74 koperasi sertai program ‘Menu Keluarga Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kuskop Tahun 2022 di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sebanyak 74 koperasi di seluruh negara menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan hidangan harga patut, ‘Menu Keluarga Malaysia’ seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, 74 koperasi yang mengusahakan restoran, kafe dan katering itu akan menyediakan set menu yang lebih murah daripada harga pasaran.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan, harga hidangan menu yang ditawarkan adalah 10 hingga 15 peratus lebih murah.

“Kebanyakan koperasi berkenaan kini mengendalikan restoran dan kafe di institusi pengajian tinggi (IPT), kantin sekolah dan perkhidmatan katering.

“Kami minta koperasi itu menyediakan set menu makanan pada harga tertentu yang merangkumi nasi, lauk, sayur dan minuman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Kuskop 2022 di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan ‘Menu Keluarga Malaysia’ di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di (IPT) sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI