fbpx

Zendaya jadi lebih berhati-hati sejak popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZENDAYA

PELAKON jelita Zendaya mengakui populariti yang diraih sejak akhir-akhir ini menyebabkan sikapnya berubah menjadi lebih berhati-hati terutama ketika bercakap.

Ujar kekasih kepada aktor Tom Holland itu, perubahan yang berlaku menyebabkan dirinya berasa tidak seperti kehidupan orang yang normal.

“Sejak popular dan dikenali ramai, saya mengalami banyak perubahan sikap terutama ketika memberi reaksi kepada orang ramai.

“Sikap masyarakat hari ini sangat berbeza. Jadi saya perlu lebih berhati-hati ketika berada di khalayak ramai,” ujarnya dalam satu temu bual bersama Vogue Italy.

Kata Zendaya lagi, dia perlu mengambil masa untuk melalui perubahan, namun percaya apa yang dilakukannya itu banyak memberi manfaat positif dalam hidupnya.

“Pada awalnya saya berasa tertekan, namun saya percaya bahawa diri saya mampu berdepan perubahan dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI