fbpx

Tuan Ibrahim terjah lokasi punca pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim memeriksa tong berisi bahan kimia yang menjadi punca pencemaran bau sekitar Dengkil sejak beberapa hari lalu

DENGKIL – Bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Jenderam Hilir di sini, sejak beberapa hari lalu akhirnya mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Petang tadi, menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turun padang bagi melihat sendiri punca pencemaran bau berkenaan.

Tuan Ibrahim meluangkan masa hampir setengah sejam bagi meninjau lokasi pencemaran bau itu yang dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia.

Menerusi rakamam video yang dikongsi, turut kelihatan puluhan tong berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.

Tuan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk berhubung bau kurang tidak menyenangkan terutama pada waktu malam.

“Insya-Allah, esok saya akan kembali semula di sini untuk kemaskini hasil siasatan pencemaran di kawasan di Jenderam Hilir. Terima kasih JAS atas tindakan pantas,” katanya.

Sebelum ini, penduduk sekitar Dengkil terutama di Jenderam Hilir mendakwa diganggu bau kurang menyenangkan seperti bau hancing malah, ia makin teruk menjelang malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI