fbpx

Tentera Myanmar bom perkampungan Karen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat pejuang yang mengebom perkampungan di negeri Karen dirakam sedang terbang di udara. – Pusat Informasi Karen

BANGKOK – Dua penduduk terbunuh, tiga cedera, manakala  92 lagi melarikan diri ke Thailand apabila  pesawat pejuang tentera Myanmar mengebom sebuah perkampungan yang terletak beberapa ratus kilometer dari sempadan kedua-dua negara, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian pada Jumaat malam itu, pesawat tentera Myanmar  dikatakan tidak sengaja mengebom perkampungan di negeri Karen tersebut selepas menyasarkan sebuah pos militia Karen.

Bom itu bagaimanapun jatuh di tengah kampung tersebut. Serangan tersebut  menyebabkan 92 penduduk melarikan diri ke Thailand dengan kebanyakan mereka  ialah wanita dan kanak-kanak.

Penduduk kampung yang terkandas dilaporkan terpaksa menyeberangi sungai menuju ke daerah Phop Phra dalam wilayah Tak, barat Thailand.

Mangsa yang cedera  dibawa menyeberangi sungai menggunakan bot untuk mendapatkan rawatan di hospital Phop Phra dengan kebenaran pihak berkuasa Thailand.

Kejadian itu berlaku sehari selepas sebuah lagi jet pejuang milik tentera Tatmadaw dikesan terbang di sekitar Phop Phra sebelum menceroboh ruang udara Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, tentera Myanmar telah memohon maaf atas keadaan itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘bukan masalah besar’.

Tentera Myanmar berkata, tindakan itu adalah tidak disengajakan dan pesawat pejuangnya hanya terbang dalam satu jarak yang dekat di ruang udara Thailand. 

Sebilangan aktivis hak asasi manusia mengkritik kerajaan Thailand atas tindak balas bersahaja terhadap pencerobohan tentera Tatmadaw.

Ketua Setiausaha pertubuhan demokrasi  Campaign for Popular Democracy Thailand, Metha Matkhao mencadangkan supaya kerajaan mengisytiharkan zon larangan terbang di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar.

Beliau turut menyeru kerajaan Thailand agar tidak menunjukkan sokongan terhadap penindasan Myanmar ke atas kumpulan etnik minoriti. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI