DALAM diam, selain handal berlakon, rupa-rupanya pelakon Seol In-ah memiliki bakat nyanyian yang tidak kurang hebatnya.
Dia dilaporkan akan muncul dengan sebuah single tidak lama lagi.
Menariknya, projek tersebut menampilkan In-ah menjalin kolaborasi dengan sebuah jenama fesyen vegan (produk yang tidak menggunakan sumber haiwan), MARHEN.J.
Pelakon drama Business Proposal itu juga merupakan model bagi jenama tersebut.
Difahamkan, debut single tersebut menyaksikan kerjasama In-ah dengan nama-nama besar dalam penghasilan video muzik.
Penerbit popular, Hwang Hyun-yi yang pernah bekerja dengan artis terkenal seperti Seventeen, SHINee dan LOONA bertindak selaku penerbit utama.
Sementara itu, pengarah visual Yoo Sung-gyun pula ditagih khidmatnya untuk mengarahkan video muzik lagu In-ah.
Sung-gyun sebelum ini pernah mengarahkan banyak video muzik artis ternama K-Pop antaranya IU, Oh My Girl dan Aespa.