fbpx

Saksi pendakwaan beri keterangan sebab bimbang didakwa kes lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang saksi pendakwaan berhubung kes penyelewengan wang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia bersetuju memberi keterangan, kerana bimbang akan didakwa di mahkamah bagi kes lain.

Saksi pendakwaan ke-10, Abdul Hannaan Khairy, 29, yang juga bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berkata, dia tidak mengingati berapa kali telah dipanggil hadir memberi keterangan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu namun, jelasnya, dia sudah beberapa kali hadir berbuat demikian.

Justeru, keadaan tersebut mendorongnya supaya rela menjadi saksi dan memberi keterangan dalam perbicaraan Syed Saddiq supaya dia tidak didakwa untuk kes-kes lain.

Ketika disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq hari ini saksi itu mengatakan ‘Ya’.

Terdahulu Abdul Hannaan menafikan yang dia sanggup memberi keterangan supaya tidak didakwa untuk kes lain, namun, Gobind sekali lagi merayu supaya saksi berlaku jujur dalam keterangannya.

“Tidak,” katanya ringkas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung lagi esok.

Terdahulu, Syed Saddiq sedang dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. (pertuduhan pindaan kedua)

Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan pindaan  menyalahgunakan harta RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 April sehingga 21 April 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kejadian itu didakwa dilakukan di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor pada 16 Jun dan 19 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI