fbpx

Rekod tanpa kalah Iga Swiatek lebur jua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK gagal meneruskan kemaraan di Wimbledon selepas tewas kepada Cornet sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah dalam 37 perlawanan sebelum ini. – AFP

LONDON – Perjalanan bintang tenis No.1 dunia, Iga Swiatek di Kejuaraan Wimbledon terhenti di pusingan ketiga selepas tewas di tangan pemain Perancis, Ali­ze Cornet dengan keputusan straight-set awal pagi semalam.

Impian pemain Poland tersebut untuk meraih kemenangan ke-38 berturut-turut musim ini mengatasi pencapaian Martina Hingis selain mencipta kejutan di gelanggang rumput tidak kesampaian apabila tewas 4-6, 2-6 dalam tempoh satu jam 34 minit.

“Sejujurnya, kebiasaan saya lebih keras pada diri sendiri, tetapi ketika turun memulakan latihan dan saingan, saya dapat rasakan sesuatu yang tak kena dengan diri saya.

“Biasanya apabila saya ketinggalan, saya mempunyai beberapa perancangan dan tahu apa yang perlu saya ubah. Namun, di sini saya tidak tahu apa yang saya lakukan dan keliru.

“Di gelanggang rumput semuanya berlaku dengan begitu cepat. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak bermain dengan baik dan aksi juga agak mengecewakan.

“Saya tidak dapat mengawal bola, jadi saya perlu memperlahankan sedikit perlawanan. Kemudian pada set kedua, saya melakukan beberapa percubaan untuk bangkit semula, tetapi ia tidak berjaya,” kata Swiatek.

Dalam pada itu, Swiatek meng­akui dia berbangga dengan rekod 37 kemenangan yang dilakukan sejak Februari lalu sekali gus tekad untuk bangkit menjelang perlawanan seterusnya.

“Buat masa ini saya berpuas hati dengan permainan saya dan saya gembira dapat melakukannya dengan 37 kemenangan,” ujar Swiatek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN