fbpx

Ramai mula rindu Lee Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Chong Wei

BANYAK perkara yang berlaku pada bulan Julai. Bulan yang benar-benar menguji kesabaran rakyat dan kesungguhan kerajaan dalam mendepani peningkatan kos sara hidup.

Ia berkisar tentang harga ayam dan telur yang tidak pernah berakhir serta menemui titik noktah. Kali ini, ditambah pula dengan kisah mengenai minyak masak.

Isu minyak masak agak unik. Rakyat seolah-olah diberi dua pilihan, iaitu menggunakan minyak masak kayangan bersaiz botol yang cukup mahal harganya, atau rendahkan diri dengan memilih minyak peket bersubsidi yang jauh lebih murah.

Pilihan adalah di tangan masing-masing dan kemampuan kewangan yang akhirnya menjadi penentu. Mereka yang bijak merancang pasti mendapat faedah, tetapi individu yang gagal mencatur perbelanjaan pasti akan merasai kesannya.

Tidak cukup dengan kisah tentang ayam, telur dan minyak masak, bulan Julai turut menyajikan satu lagi episod mengecewakan buat rakyat Malaysia.

Kegembiraan yang diharapkan tidak menjelma, sebaliknya ia meninggalkan ‘detik hitam’ kepada arena badminton negara. Semuanya gara-gara kegagalan pemain negara melangkah ke pentas final pada kejohanan berprestij Terbuka Malaysia 2022.

Ia sesuatu yang agak hambar apabila kegagalan itu hadir pada ketika ribuan peminat badminton tempatan sanggup berhabis duit membeli tiket demi semangat Malaysia Boleh.

Mereka tanpa mengira bangsa sanggup berdiri megah memberi sokongan di Axiata Arena, Bukit Jalil sejak awal minggu lalu.

Namun, entah di mana silapnya, satu demi satu wakil negara tumbang dengan pencapaian terbaik adalah sekadar mara ke peringkat separuh akhir.

Kejohanan yang menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan bernilai RM2.9 juta itu menyaksikan Malaysia menghantar seramai 24 wakil masing-masing 10 beregu lelaki, tujuh beregu campuran, empat beregu lelaki dan tiga pemain perseorangan lelaki.

Di kala nama seperti Lee Zii Jia dicanang untuk memberikan sinar beraksi di pentas final, nasib nyata tidak menyebelahi bekas juara Seluruh England itu apabila dia awal-awal lagi tersingkir di pusingan kedua.

Hal sama turut berlaku kepada barisan pemain beregu lelaki diketuai pemenang gangsa Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tersungkur di peringkat separuh akhir.

Akhirnya, para penyokong tempatan hanya hadir ke Axiata Arena semalam sebagai pelengkap untuk bersorak kepada pemain-pemain dari negara luar.

Apa yang pasti, kekecewaan yang berlaku pada Terbuka Malaysia tahun ini telah menjentik hati penyokong Malaysia untuk kembali merindui seseorang. Seorang pemain yang sentiasa memberikan kegembiraan dan tangisan bangga kepada jutaan rakyat setiap kali dia beraksi di gelanggang.

Individu itu adalah Datuk Lee Chong Wei, pemain yang penuh karisma dengan 12 koleksi kejuaraan bagi perseorangan lelaki di Terbuka Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI