fbpx

Patung bayi berwajah seram menjadi kegilaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli patung-patung ini untuk dijadikan perhiasan di rumah. - DarklingManorDolls/Facebook

LONDON – Seorang wanita di Britain menghasilkan koleksi patung bayi yang mempunyai wajah menyeramkan dan menjualnya secara online bagi memenuhi permintaan terhadap trend yang menjadi popular itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Nadia Marcella, 46, telah menghasilkan pelbagai koleksi patung berwajah menyeramkan sejak dua tahun lalu dan kini, dia memiliki beribu-ribu pengikut di media sosial.

Menurut wanita dari Scotland itu, patung-patung bayi digelar Darkling Manor Dolls tersebut dijual pada harga sehingga £80 (RM426.70) serta menjadi permintaan dalam kalangan ibu-ibu di Britain.

“Pelanggan tidak membelinya untuk digunakan dalam filem-filem amatur, peralatan persembahan pentas atau majlis bertema. 

“Mereka sebaliknya membeli patung-patung itu sebagai perhiasan rumah,” katanya.

Tambah Marcella, ada antara patung tersebut yang dibuat menggunakan rambut manusia sebenar selain dia turut memberikan nama-nama menyeramkan.

“Saya juga ada menghasilkan patung bayi yang kelihatan seperti manusia sebenar. Kadang kala, tidak semestinya patung berdarah kelihatan menyeramkan, sebaliknya patung seperti bayi sebenar adalah lebih ditakuti,” ujarnya.

Ujar wanita tersebut, meskipun menerima permintaan menggalakkan, dia juga sering menerima kritikan daripada pelbagai pihak mengenai rekaannya. Namun, Marcella menganggap tidak semua orang mempunyai cita rasa yang sama.

“Orang ramai menggelar saya sebagai mempunyai masalah mental, namun saya berasa bangga kerana hasil seni ini mendapat reaksi yang hebat daripada orang ramai sama ada baik atau buruk,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI