fbpx

Kereta terbakar punca jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan trafik sesak susulan berlaku kebakaran sebuah kereta di terowong Bukit Bintang menghala ke bulatan Kampung Pandan

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dilaporkan terbakar sebelum terowong Bukit Bintang menghala ke Bulatan Kampung Pandan petang tadi.

Pusat Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Twitter rasminya tadi memaklumkan, kejadian tersebut menyebabkan lorong kanan terhalang dan trafik sesak.

“Sebuah kenderaan telah terbakar dalam kejadian di terowong Bukit Bintang, difahamkan polis trafik tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 6.50 petang.

“Kira-kira 7.02 petang pula, pihak bomba turut tiba di lokasi dan semua kenderaan dilencongkan ke Jejambat Langgak Golf,” katanya di sini tadi.

Difahamkan kereta tersebut telah ditunda ke lokasi selamat oleh tunda polis.

“Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan oleh Renjer 01, 02 serta 05.

“Kerja pembersihan telah selesai kira-kira pukul 7.39 petang tadi dan terowong tersebut telah dibuka semula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI