fbpx

Henrikh Mkhitaryan tetap hargai jasa AS Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MKHITARYAN sah menyertai Inter secara percuma selepas kontraknya bersama Roma berakhir hujung bulan lalu. – AFP

MILAN – Kapten skuad antarabangsa Armenia, Henrikh Mkhitaryan mengucapkan terima kasih kepada kelab AS Roma selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama seteru Serie A, Inter Milan dengan perpindahan secara percuma kelmarin.

Sebagai rekod, Mkhitaryan yang berusia 33 tahun dianggap sebagai antara perancang berpengalaman di pentas Eropah selepas mewakili beberapa kelab berpengaruh seperti Borussia Dortmund, Manchester United dan Arsenal.

Selepas berjaya membantu Roma menjuarai trofi Liga Konferens Europa musim lalu, Mkhitaryan nekad untuk angkat kaki selepas kontraknya berakhir pada Jun lepas meskipun ditawarkan peluang untuk melanjutkan tempoh kontrak baharu.

Kata Mkhitaryan, peluang untuk mewakili Roma adalah sesuatu penghormatan dalam karier­nya memandangkan kelab itu memiliki tradisi serta pengaruh yang cukup hebat selain dibim­bing pengendali berpengalaman, Jose Mourinho.

“Kepada penyokong Giallo­ros­si, saya sangat teruja dapat menyarung jersi Roma dan mewakili kelab yang begitu unik ini. Musim lepas adalah detik yang cukup istimewa kerana kita berjaya menjulang trofi Liga Konferens Europa bersama.

“Terima kasih ju­ga saya ingin ucapkan kepada barisan kejurulatihan khususnya Mourinho yang kembali menaikkan motivasi saya untuk beraksi di tahap tertinggi. Tiga tahun bersama Roma tidak akan saya lupakan, tetapi kini adalah masa untuk saya melebarkan sayap karier bersama Inter,” katanya.

Mkhitaryan menjadi pemain keempat yang menyertai skuad Nerazzurri yang dikendalikan oleh Simone Inzaghi itu selepas berjaya mendapatkan khidmat Andre Onana secara percuma daripada Ajax Amsterdam dan meminjam Romelu Lukaku (Chelsea) dan Krist­jan Asllani (Empoli). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI