fbpx

Dua bot penumpang tiada lesen ditahan di Teluk Bahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bot penumpang ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang selepas disyaki tidak mempunyai lesen yang sah semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) negeri ini menahan dua buah bot penumpang di kawasan perairan Teluk Bahang semalam selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen yang sah.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim, Nak Rong berkata, bot tersebut ditahan pada kedudukan 0.3 kilometer barat laut dan satu kilometer di utara Teluk Bahang sekitar pukul 3 hingga 3.30 petang.

Katanya, kedua-dua bot tersebut ditahan semasa sedang membawa pelancong lelaki dan wanita serta kanak-kanak di perairan Teluk Bahang.

”Bot yang menggunakan nombor pendaftaran PPP 02095 (P) dan PPP 02315 (P) di kendalikan dua kru warga tempatan berusia 68 dan 48 tahun.

”Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua buah bot tidak mempunyai lesen yang sah dan insuran telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta kru telah ditahan dan dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

”Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insuran tamat tempoh,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI