fbpx

Australia catat kes pertama difteria tekak dalam abad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit kanak-kanak tersebut dirawat di Tweed Hospital sebelum dipindahkan ke Queensland. – ABC News/Cathy Border

CANBERRA – Kes pertama penyakit difteria tekak dikesan di negeri New South Wales (NSW), Australia melibatkan dua pesakit termasuk seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke unit rawatan rapi, lapor laman berita Wion News semalam.

Seorang lagi pesakit dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti penyakit itu yang merupakan pertama kali dilaporkan di NSW pada abad ini.

Difteria merupakan penyakit berjangkit dan boleh membawa maut. Ia menjangkiti tekak dan tonsil serta mengakibatkan pembentukan selaput berwarna putih kelabu pada kerongkong yang  seterusnya menyukarkan proses untuk menelan serta bernafas.

Unit Kesihatan Awam  mengesahkan kes pertama itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di NSW, Sabtu lalu.

Semalam, seorang lagi kanak-kanak enam tahun yang dikatakan  kontak rapat keluarga pesakit pertama turut disahkan mendapat jangkitan tersebut.

Jangkitan difteria boleh menyebabkan leher membengkak, manakala toksin yang terbentuk oleh bakteria berisiko mencetuskan keradangan pada otot jantung dan saraf.

Pengarah Kesihatan Awam Pantai Utara, Paul Douglas berkata, tiada risiko berterusan penyakit itu bagi komuniti yang lebih meluas, namun setiap keluarga diminta berjaga-jaga dan menilai status imunisasi anak mereka. 

“Difteria amat jarang berlaku di Australia disebabkan program imunisasi kanak-kanak kita yang telah lama dilaksanakan.

“Bagaimanapun, penyakit ini boleh menyebabkan gejala-gejala serius dan membawa maut,” katanya.

Vaksinasi difteria adalah percuma di Australia dan tersedia untuk kanak-kanak sejak usia enam minggu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI